Sesi persekolahan 2015 bermula agak lewat akibat bah melanda negeri-negeri pantai timur. Sesi persekolahan dibuka pada Isnin; 12/01/2015. Pada suku pertama tahun 2015, Kelas Bestari Harapan akan mengambil murid-murid Tahun 2Bijak dan (Literasi&Numerasi) 3Bestari (Literasi).
Literasi Tahun2 - 7 orang (10waktu)
Numerasi Tahun 2 - 5 orang (6 waktu)
Literasi Tahun 3 - 3 orang (10waktu)
Numerasi Tahun 3 - 3 orang (4 waktu)
SK Sungai Tiram mengamalkan konsep pengajaran dan pembelajaran secara Situasi Menang-Menang atau dikenali sebagai Win-win Situation di mana Guru Pemulihan bantu Guru Linus untuk mengajar murid-murid yang telah menguasai K1-K2 tetapi masih belum menguasai hingga K12. Dalam situasi ini, Guru Linus diberi peluang untuk mengajar murid-murid perdana dan beberapa orang murid K7-K12 dalam keadaan di luar tekanan. Guru Pemulihan pula mengajar murid-murid yang baru melepasi K1-K2 di bawah K6 dan juga hanya beberapa orang murid yang belum menguasai K1-K2. Jadi, jelas di sini kedua-dua pihak guru akan dapat mengajar dalam situasi yang terkawal dari segi penulisan RPH dan penyediaan BBB.
Pada 15/01/2015, jam 11.30 pagi, FasiLINUS hadir untuk memantau pelaksanaan LINUS 2.0 di SK Sungai Tiram. FasiLINUS LBM, LBI dan Numerasi hadir untuk memberi bimbingan dan memastikan PdP LINUS berlangsung mengikut garis panduan ditetapkan.
Comments
Post a Comment
Kongsi pendapat