perkataan vokal berganding bm pem

Begitu lama tak update blog di sini. sibuk dengan aktiviti pdp di samping tugasan-tugasan harian. sedang mencari-cari youtube untuk lagu diftong, tiba-tiba terjumpa slide yang diyoutubekan... slide yang saya sendiri bangunkan bersama-sama ahli kumpulan (Cikgu Norliza Mohd Hazali, Cikgu Nur Fatin Asyiera Abdullah dan Cikgu Rose Mariza Che Yusoff) dalam KPLI Program Pemulihan Khas (Unit A) di IPG Kampus Ipoh tahun 2008. Agak teruja bilamana usahasama dengan kawan-kawan ditonton oleh seramai lebihkurang 20k ... Alhamdulillah..moga ilmu yg sedikit ini dapat dimanfaatkan seadanya. Walaupun sebenarnya, dalam menyiapkan tugasan ini, kami juga mengedit daripada hasil tugasan guru-guru pakar pemulihan khas daerah manjung. #sharingiscaring :-)






Comments